Quantcast
Channel: TekanPlay » TV
Viewing all articles
Browse latest Browse all 10

Mania | Konsert Akhir

$
0
0

Perjalanan 5 bintang bakal sampai ke penghujung. Antara Jac, Hafiz, Stacy, Aril dan Hazama, siapakah yang bakal bergelar juara Mania buat julung kalinya sekaligus meraih hadiah wang tunai RM 500,000? Semuanya bakal terjawab dan berakhir di galaksi malam ini. Teruskan bersama TekanPlay untuk menyaksikan sejarah baru yang bakal dicipta!

Pusingan Pertama

Stacy – Takkan Melupakanmu
It was an excellent performance. Stacy membuat sesuatu yang berlainan tetapi masih lagi nampak identiti muziknya. Cuma kalau gerak tari lebih sharp dan koreografinya lebih ‘besar’ mungkin ia akan meninggalkan lebih impak.

Verdik: 7/10

Hafiz – Beribu Sesalan feat. Sarah Raisuddin
Persembahan tadi agak mengecewakan. Entah kenapa Srah menjadi pilihan Hafiz kerana jelas kali Sarah masih belum bersedia menyanyi seperti sebelum beliau melahirkan anak. Gabungan tadi tidak berapa berkesan kerana keseimbangan itu kurang. Namun dari sudut vokal, Hafiz berjaya menyanyikan lagi itu dengan baik. Cuma keseluruhan, ia bukan satu persembahan yang boleh diigati.

verdik: 6/10

Aril – Starlight
Agak mengejutkan kerana Aril tidak seperti yang sebelum ini. Lagu pilihan beliau kali ini nampaknya tidak berjaya mengekalkan momentum cemerlang yang beliau ada pada minggu-minggu lepas. Biarpun beliau mencuba untuk menyerlah, namun bintang Aril tenggelam dalam lagu Starlight itu.

Verdik: 5/10

Jaclyn Victor – Arjuna feat. Tiar Jinbara
Pembukaan yang baik. Jac berjaya mencipta satu penanda tentang persembahannya bagi memastikan penonton mahukan yang lebih dan memang itu yang beliau berikan. Gabungannya dengan Tiar memang memukau, tetapi ia agak terlalu mencuba untuk mencipta impak. Ia tidak seperti gabungan Lan dan Ziana Zain tempoh hari di ABPBH di mana efek pukauan itu datang dengan secara semulajadi. Tetapi persembahan Jac tetap bagus kerana kuasa vokalnya memang menakjubkan!

Verdik: 7/10

Hazama – Saat Ku Idamkan
Hazama memang seorang rocker yang bagus. Vokal beliau memang sesuai dan beliau berjaya ‘memasukkan’ diri beliau dalam lagu ini. Efek choir membantu memberikan kesan yang menarik untuk persembahan ini. It was a good show.

Verdik: 7/10

Pusingan Kedua

Stacy – Cinta feat Fiq
Malam ini memang pertandingan menjerit bukan? Sebab Jac ke? Sayang sekali Stacy telah merosakkan sebuah lagu balada yang cukup indah dan berjiwa menjadi sebuah lagu kelas kedua dengan menampilkan Fiq sebagai teman duetnya. Nyanyian Fiq kosong. Tone beliau juga kosong. Gabungan mereka tidak langsung menyerlahkan emosi lagu tersebut. Stacy did good but it wasn’t enough.

Verdik: 5/10

Hafiz – I Believe I Can Fly
Hafiz mengakhiri perjalanan beliau di Mania dengan lagu yang cukup sesuai. Ibarat laungan beliau untuk meraih gelaran juara, Hafiz memberikan satu nyanyian yang ada jiwa. Biarpun beliau tidak mengambil sebarang risiko besar dan membuktikan sesuatu berlainan yang beliau boleh buat, rasanya Hafiz dah cukup selesa dengan kemampuannya.

Verdik: 7/10

Aril – Isabella feat. Ari Lasso
Mungkin malam ini bukan milik Aril. Beliau tidak menyerlah seperti biasa.

Verdik: 5/10

Jaclyn Victor – Kenangan Terindah/Gemilang
It could have been the best performance of the night, tetapi Jac hilang fokus untuk lagu Kenangan Terindah sehingga beliau lupa lirik. Ia memang kesilapan yang tak dijangka tetapi ia sepatutnya dapat dikawal dengan lebih baik. Mengakhiri persembahannya dengan lagu Gemilang, ia agak predictable. Lagu itu memang lagu wajib Jac. Walau apapun, Jac tetap seorang vokalis yang hebat.

Verdik: 6/10

Hazama – Kepadamu Kekasih feat. Dato’ Hattan
Persembahan duet terbaik malam ini. Hazama memilih lagu yang amat tepat kerana beliau memang seorang penyanyi berjiwa. Tiada apa yang begitu hebat kerana sukar untuk menandingi versi asal tetapi nyanyian mereka berdua bagus.

Verdik: 7/10

Pilihan TP

Kalau diukur hanya berdasarkan persembahan malam ini, mungkin kemenangan boleh diberikan kepada Hazama. Tetapi hanya Jaclyn Victor sahaja yang konsisten sepanjang Mania berlangsung. Aril pula seorang yang selalu berusaha untuk menolak dirinya lebih jauh cuma malam ini semangat itu tidak kelihatan. Hafiz dan Stacy pula tenggelam kalau nak dibandingkan dengan sokongan dan pujian para peminat mereka berdua. Mereka kurang berani mengambil risiko dan selalu bermain dengan selamat. It’s everyone’s game tonight. Yang pasti, peminat penentunya. Bakat dan potensi? Itu soal kedua.

Siapa yang akan menang? : Hafiz

Siapa yang patut menang? : Jaclyn Victor 

HAFIZ JUARA MANIA!

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 10

Latest Images

Trending Articles





Latest Images